Monday, November 29, 2004
Inilah yang harus kuterima
Dedaun nan layu
Berguguran jatuh disisiku
Adakah ruang
Walau bermesra untuk kali ini
Bersamamu
Biarlah hanya ku menatap
Wajahmu nan indah
Lepas kerinduan ini
Hanya kasihMilik berdua
Dambaanku pilu
Perpisahan yang berlaku
Tak sanggup bila meratapi
Hanya sayu diriku kehilanganmu ini
Andainya masa menentukan
Moga saat itu kau hadir hanya untukku
Satu yang kupinta
Buatku kali terakhir
Sekiranya diriku masih dalam hatimu
Renunglah kembaliJika ku masih disini
Biar bersemadi oh kasihmu ini
Yang tiada penganti
attempted suicide at 1:32 pm
Friday, November 26, 2004
Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan
Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
Hati sedih
Hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...
Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...
Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...
attempted suicide at 11:29 am
Thursday, November 25, 2004
Dari minor ke major
Sekian lama ku kenalimu..o..oh..
Masih tetap serupa yang aku rasa padamu
Hayat bak merry- go -round
Berpusing-pusing balik semula
Sudah setelah lama kita berpisah tak jumpa
Ku yakin telah tertulis
Kita masih belum berpunya
Mungkinkah kau di cipta untukku
Ku pula untukmu
Ku yakin akan tertulis
Antara kau dan aku kan bercinta
Kerna aku kian pasti kini
Melakukan sesuatu
Jalan bersimpang siur yang ku lalui
Selama ini o..oh..
Tiada pernah ku duga
Menujukan ku padamu
Hayat bak merry- fo-round
Berpusing-pusing balik semula
Sudah setelah lama kita berpisah tak jumpa
Kini bersua....Dalam hayat yang bak merry-go-round
attempted suicide at 4:04 pm
Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-teman ku membawa berita
Cerita kecuranganmu
Namun ku masih mampu
Masihku bertahan kerana
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna aku masih menyintai
Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkanmu
Agar cinta ini kembali bahagia
Semakin kusut kurasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya diriku
Sebenarnya sebegitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini ku pertahankan kerana
Aku masih setia
Di sudut hatiku masih percaya
Dikau kan kembali
Seperti semula
attempted suicide at 3:54 pm
MADAH BERHELAH
Di dalam sendu yang teramat
Kulihat senja yang berlabuh
Dan malam pun melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar
Siapa di antara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anggap punca
Biarpun ketara engkau yang mula
Bukan sekali kau suarakan
Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah manis madah
Penuh helah yang pastinya
Aku adalah sandaran
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku..terlebur kini..
Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
Kau keruhkan warnanya..
attempted suicide at 1:36 pm